Monday, November 3, 2008

dun!@

DUNIA
Obama dahului di 6 negeri
WASHINGTON: Jika sebelum ini banyak filem di layar perak pernah memaparkan calon kulit hitam sebagai calon dalam pilihan raya Presiden, namun pada hari ini rakyat Amerika Syarikat menyaksikan sendiri bahawa penampilan Barack Obama bukan satu lakonan, tetapi adalah realiti sebenar bagi mereka membuat pemilihan Presiden ke-44 hari ini. [+]
Macam-Macam: Remaja 'tersilap' rompak balai polis
SYDNEY: Polis di bandar ini tidak perlu bersusah payah menangkap pencuri apabila seorang remaja ditahan ketika memecah masuk sebuah balai, awal pagi semalam. [+]
Maghribi haram majalah Perancis hina Islam
RABAT: Kerajaan Maghribi mengharamkan edisi terbaru majalah Perancis, L’Express International kerana menghina Islam dalam artikelnya yang berkaitan dengan hubungan antara agama Islam dan Kristian. [+]
Tiada tindakan menteri milik ijazah palsu
TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menolak langkah untuk mengenakan tindakan terhadap Menteri Dalam Negeri yang mengaku memiliki ijazah palsu Universiti Oxford. [+]
Kumpulan penembak mati tiba
DENPASAR: Sekumpulan pelaksana hukuman mati, termasuk skuad penembak dan dua pendakwa raya awam kanan dari Pejabat Pendakwa Raya Tinggi Bali, dilaporkan tiba di Pulau Nusakambangan untuk melaksanakan hukuman mati ke atas tiga pengebom Bali, Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra. [+]
Gemuk aktif seks: Kajian
OREGON: Wanita yang terlebih berat badan dan mengalami kegemukan melakukan hubungan seksual lebih kerap berbanding mereka yang berbadan kurus, kata satu kajian baru. [+]
Bau badan bantu cam identiti
WASHINGTON: Bau badan manusia mempunyai keunikan tersendiri seperti DNA dan ini mungkin membolehkannya digunakan untuk mengecam individu, kata saintis. [+]
Kurylenko dituduh khianat negara
LONDON: Sebuah kumpulan pengikut fahaman Komunis berpendirian keras – The Communists of St. Petersburg and Leningrad Region - menuduh aktres Olga Kurylenko mengkhianati tanah airnya Ukraine semata-mata kerana memegang watak dalam filem James Bond. Pelakon berusia 28 tahun itu menerima pujian pengkritik filem Barat berikutan lakonan hebat yang ditunjukkannya dalam filem Quantum of Solace bersama aktres Britain, Gemma Arterton dan ejen 007, Daniel Craig, namun keadaan sebaliknya berlaku di Russia. [+]
Ibu paling hangat Hollywood
LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Halle Berry dan Angelina Jolie dipilih sebagai ibu paling hebat dan paling menarik perhatian dalam senarai bintang filem jelita yang dipilih stesen televisyen di laman webnya, Fox News.com. [+]
Mendes marah Hayek 'curi nama' bayi
DUBAI: Bintang Hollywood, Eva Mendes, mengecam rakannya yang juga aktres Salma Hayek kerana 'mencuri nama' bayi kegemarannya, lapor media. [+]

No comments: