Monday, November 3, 2008

ber!t@ $@w!+

BERITA SAWIT
Malaysia tangani kejatuhan harga MSM
BANGI: Malaysia akan bertindak bagi menangani kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran dunia untuk memastikan industri sawit negara berkembang secara mapan dan terus menjana ekonomi kepada negara. [+]
Minda
PENCAPAIAN memberangsangkan industri sawit sebagai tunggak komoditi perladangan dan penjana utama pendapatan eksport negara turut disumbang oleh kemajuan dalam bidang R&D dan kawal selia yang dilaksanakan hampir 30 tahun lalu. [+]
Strategi serampang tiga mata turunkan stok minyak sawit
BANGI: Kerajaan akan melaksanakan strategi serampang tiga mata bagi mengurangkan jumlah stok simpanan minyak sawit negara yang hampir mencecah dua juta tan metrik akhir bulan lalu bagi mengekang kemerosotan berterusan harga komoditi itu. [+]
Eksport komoditi dijangka lepasi RM100 bilion
PETALING JAYA: Kerajaan optimis nilai sumbangan eksport komoditi utama kepada pendapatan negara tahun ini akan melepasi RM100 bilion walaupun berlakunya kejatuhan harga komoditi minyak sawit mentah (MSM) dan getah pada masa ini. [+]
Penggunaan B5 tidak lama lagi
PETALING JAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan tarikh penguatkuasaan penggunaan bahan api biodiesel berasaskan minyak sawit B5 bagi kegunaan sektor pengangkutan awam dan industri tidak lama lagi. [+]
Kohilan kagumi skim rumah pekerja FPSB
KUANTAN: Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator A Kohilan Pillay memuji Felda Plantation Sdn Bhd (FPSB) menyediakan Skim Bantuan Perumahan Pekerja Tempatan (SBPPT) bagi menggalakkan pekerja tempatan bekerja dan membina kerjaya sepanjang hayat dengan mereka. [+]
300,000 warga asing bekerja di sektor perladangan
KUANTAN: Dianggarkan 2 juta warga asing termasuk 300,000 pekerja yang bekerja di sektor perusahaan perladangan dan komoditi terutama di ladang sawit pada masa ini. [+]
MPOB sedia RM10 juta biasiswa pelajar
BANGI: Sejumlah RM10 juta diperuntukkan bagi skim Biasiswa Yayasan Pendidikan MPOB (YPM) sebagai usaha MPOB melahirkan penyelidik pelapis yang berkepakaran dalam bidang sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan industri sawit yang semakin berkembang. [+]
MPOB komited laksana R&D maju industri sawit Sarawak
PERANAN MPOB sebagai agensi penyelidikan dalam industri sawit mendapat liputan meluas oleh media baru-baru ini. Laporan ini adalah berdasarkan kenyataan yang mempertikaikan kewajaran bayaran ses sebanyak RM280.2 juta kepada MPOB oleh pihak industri di Sarawak dalam tempoh Jun 2007 hingga Jun 2008. [+]
Stok sawit September melonjak 5.5 peratus
STOK minyak sawit Malaysia September 2008 adalah 1,949,498 tan, meningkat 101,368 tan atau 5.5 peratus berbanding bulan sebelumnya. [+]
Susu isian sawit kini setanding susu ternakan
SUSU daripada minyak sawit. Bunyi agak pelik kerana mungkin tidak terlintas di fikiran kita bahawa minyak yang berwarna keperangan itu mampu diproses sehingga menjadi susu setanding dengan susu hasilan tenusu. [+]
Pes pencuci pinggan asas sawit efektif
KEPENTINGAN menjaga alam sekitar adalah menjadi tanggungjawab kepada seluruh masyarakat dan pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan keadaannya terjamin. [+]
Pelawat kagum keupayaan MPOB
BANGI: Kumpulan pelawat dari dalam dan luar negara yang melakukan lawatan ke MPOB kagum dengan keupayaan MPOB menerajui dan menjana kemajuan industri sawit terutama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). [+]
MPOB-MIT jalin kerjasama piawaian hasil fenolik
BANGI: MPOB dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) menjalinkan kerjasama bagi menghasilkan piawaian dan penyalinan jejari fenolik sawit untuk tujuan pengkomersialan. [+]
MPOB rampas biji benih sawit haram
BANTING: MPOB merampas 235,800 biji benih sawit yang dihasilkan secara haram dalam dua serbuan berasingan di sekitar Banting. Pasukan Skuad Khas MPOB yang diketuai Ketua Unit Penguatkuasa, Abdul Jalil Murad menghalang cubaan menjual biji benih cambah tanpa lesen MPOB. [+]
Empat koridor bangunkan industri sawit di Sarawak
SIBU: Kerajaan Negeri Sarawak mengenalpasti empat koridor utama bagi membangunkan industri sawit secara bersepadu di negeri itu dengan sasaran menanam satu juta hektar sawit menjelang 2010. [+]
Kedutaan asing minat kongsi kepakaran MPOB
KETUA Pengarah MPOB, Dato' Dr Mohd Basri Wahid menerima kunjungan Duta Besar Russia ke Malaysia dan Ketua Perwakilan Suruhanjaya Eropah (EC) baru-baru ini. [+]
Ruangan pembaca mulai keluaran bulan depan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Sidang Pengarang Berita Sawit mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca kerana setia melanggan dan membaca sisipanBerita Sawit ini yang menjangkau usia 8 tahun 3 bulan sehingga kini. [+]
Anugerah PILA iktiraf peneraju industri
KELANA JAYA: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) memperkenalkan Anugerah Palm Oil Leadership Award (PILA) untuk mengiktiraf sumbangan peneraju utama industri sawit Malaysia. [+]
Sudut Pelajar: Pokok sawit tanaman emas Malaysia
POKOK sawit dikenali sebagai tanaman emas Malaysia berdasarkan pencapaian cemerlang dalam membangunkan ekonomi negara dan kegunaannya kepada manusia. Ia kini menjadi pilihan penduduk dunia dalam bidang makanan dan bukan makanan. [+]
Galakan proses POME jadi baja bio
SERI KEMBANGAN: Kilang Kelapa Sawit (KKS) yang memproses buah tandan segar (BTS) untuk menghasilkan minyak sawit disaran supaya turut memproses 'Palm Oil Mill Effluent - POME' untuk dijadikan baja bio-komposit. [+]
Levi keuntungan berlebihan mungkin dikaji semula
KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin akan membuat kajian semula ke atas formula pengiraan Levi Keuntungan Berlebihan (Windfall Tax) yang dikenakan kepada ladang sawit bagi membiayai subsidi minyak masak pengguna isi rumah dalam negara. [+]
Minda
PENINGKATAN harga minyak sawit yang memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha tanaman sawit telah mendorong peningkatan permintaan anak benih sawit untuk penanaman baru dan tanam semula. [+]
KPPK dan agensi rai Bulan Kemerdekaan
BANGI: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan agensi-agensi di bawahnya menyambut kemerdekaan negara Malaysia dengan mengadakan majlis Perayaan Bulan Kemerdekaan baru-baru ini. [+]
Pekebun perlu tempah anak benih sawit
BANGI: Penanam sawit terutama pekebun kecil perlu menempah anak benih sawit yang diperlukan sebelum memulakan penanaman baru atau tanam semula pokok sawit tuanya. [+]
Dua juta benih dirampas
BANTING: MPOB Wilayah Tengah merampas 2 juta biji benih sawit daripada sumber yang tidak diketahui di dua premis pengusaha pengeluar biji benih tanpa lesen di Banting, Selangor baru-baru ini. [+]
Berjaya latih tenaga kerja mahir
BANGI: Matlamat Kursus Operator Mekanisasi Ladang (KOML) anjuran MPOB untuk melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri tercapai apabila 29 daripada 72 lepasan pelatihnya berjaya memperoleh pekerjaan. [+]
Pekerja asing ladang dikurang
BANGI: Sektor Perladangan tempatan perlu mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan pada sama berusaha meningkatkan produktiviti bagi membolehkan sektor itu terus berkembang pada masa akan datang. [+]
91 tan isirong sawit dirampas
BINTULU: Sejumlah 91 tan isirong sawit yang disimpan di premis tidak mempunyai lesen dirampas oleh pegawai penguatkuasa MPOB Cawangan Bintulu, baru-baru ini. [+]
Hasrizal pelajar terbaik kursus mekanisasi
PENGALAMAN membesar di ladang kelapa sawit memudahkan Mohamad Hasrizal Abdul Mutalib memahami ilmu dipelajari dan sekali gus muncul pelatih terbaik Kursus Operator Mekanisasi Ladang (KOML) sesi Mac 2008. [+]
Kek dekanter sesuai hasil baja bio
PADA masa kini proses kitar semula bahan buangan dalam sektor pertanian untuk dijadikan sebagai baja adalah satu perkara biasa yang dipraktik bagi mengurangkan pergantungan ke atas penggunaan baja kimia. [+]
Sisa buangan kilang boleh jana hasil untuk negara
SERI KEMBANGAN: Bahan buangan kilang kelapa sawit (POME) dan tandan buah kosong (EFB) bukan lagi menjadi satu bebanan kepada industri sawit kerana dengan ada teknologi dan hasil penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kedua bahan itu mampu menjana pendapatan tambahan buat industri sawit negara. [+]
Ahmad Sidek pekebun kecil cemerlang
TERPAMPANG kata hikmat 'Sijaya mencari cara, Sikalah mencari alasan' sebaik tiba di pekarangan halaman kediaman Ahmad Sidek di Tebuk Berihun, Sabak Bernam, Selangor. [+]
Gentian TSK jana produk tambah nilai
LARANGAN melepaskan asap di udara memberi satu dilema kepada kilang sawit untuk melupuskan Tandan Sawit Kosong (TSK) secara pembakaran selepas proses melerai biji sawit dari tandan untuk proses pemerahan minyak. [+]
Bio-organik POME mesra alam, murah
KEPERLUAN kepada baja organik yang menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan sebagai alternatif baja najis haiwan semakin meningkat khususnya bagi pekebun sayuran organik di negara ini mahupun di luar negara. [+]
Artikel MPOPC: Pengusaha sawit perlu bertaraf dunia
MAJLIS Minyak Sawit Malaysia (MPOC) baru-baru ini menganjurkan Seminar dan Pameran Antarabangsa Perdagangan Minyak Sawit 2008(POTS 2008 International Palm Oil Trade Fair & Seminar 2008) pada 25-26 Ogos 2008 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. [+]
Sudut Pelajar: Harga sawit tinggi pengaruhi produktiviti
Dalam menyusuri arus globalisasi dan urbanisasi yang semakin deras ini, negara sememangnya berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam usaha ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Antara cabaran yang dihadapi negara marcapada ini ialah krisis kenaikan harga barang. [+]
Peneroka dan pekebun kecil dikecualikan levi
BANGI: Kerajaan bersetuju mengecualikan peneroka dan pekebun kecil sawit yang mempunyai keluasan 40.4 hektar (100 ekar) ke bawah daripada membayar Levi Keuntungan Luar Biasa (Windfall tax) bagi membiayai subsidi minyak masak berkuat kuasa 15 Julai 2008. [+]
MPOB perluas asas genetik bahan biak baka sawit
BANGI: Penyelidikan dan pembangunan MPOB berjaya meluaskan asas genetik bahan biak baka yang berupaya mengeluarkan minyak sawit untuk memenuhi permintaan pengguna dan meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa. [+]
MPOB, Cambridge jalin kerjasama penyelidikan
LONDON: MPOB dan Universiti Cambridge, United Kingdom bersetuju mengadakan kerjasama penyelidikan dalam bidang biofuel generasi kedua yang boleh diperbaharui dan bidang baru yang akan dikenal pasti. [+]
Teknologi MPOB boleh atasi pelepasan gas rumah hijau
BANGI: MPOB dan pihak yang terbabit dengan penanaman sawit dalam negara akan memastikan pembangunan tanah gambut dilaksanakan melalui penggunaan teknologi baru dan amalan pertanian baik bagi mengelakkan kemusnahan ekosistem kawasan tanah serta mengurangkan emisi karbon atau pelepasan gas rumah hijau yang mengakibatkan pemanasan global. [+]
MPOB, ACGT jalin MoU penyelidikan genom sawit
PUTRAJAYA: MOPB dan Asiatic Centre for Genome Technology Sdn Bhd (ACGT) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan genom sawit. [+]
150 pegawai sertai bengkel latihan RSPO
BANGI: Sejumlah 150 orang pegawai pengembangan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta menghadiri bengkel latihan bagi pelatih Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO) yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), di sini, baru-baru ini. [+]
KSU tinjau operasi MPOB
BANGI: Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Wira Ismail Saleh melakukan lawatan kerja ke MPOB bagi meninjau kemajuan bidang penyelidikan dan perkhidmatan yang disediakan MPOB kepada industri sawit. [+]
1.5 juta biji benih sawit dirampas
BANTING: Berdasarkan maklumat orang ramai, sejumlah 1.5 juta biji benih sawit yang dipercayai dihasilkan secara tradisional oleh pengusaha tidak berlesen dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dirampas di Tanjung Sepat di sini baru-baru ini. [+]
Produk makanan asas sawit dapat sambutan
BANGI: Produk makanan berasas sawit hasil penyelidikan MPOB yang dipamerkan dalam Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. [+]
Hasil MSM Sabah paling tinggi
KOTA KINABALU: Sabah mengatasi negeri pengeluar lain dengan mengeluar sejumlah 483,471 tan atau 32.9 peratus minyak sawit mentah (MSM) daripada jumlah pengeluaran Malaysia yang berjumlah 1,468,921 tan pada Jun 2008. [+]
MPOB anjur kursus Kelab 30 Tan
SERIAN, SARAWAK: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menganjurkan kursus sehari sawit bersama ahli Kelab 30 Tan di Dewan Masyarakat Gedong di sini, baru-baru ini. Program anjuran bersama Persatuan Pekebun Kecil Kampung Gedong itu disertai 93 orang pekebun kecil sawit dari kawasan sekitaran di situ. [+]
Krim rekahan tumit
TUMIT yang merekah sering menyebabkan rasa tidak selesa untuk memijak lantai terutama tanpa memakai alas kaki, malah ada kalanya ia juga boleh menyebabkan rasa pedih jika banyak berjalan dan penampilan kurang menarik akibat daripada rekahan itu. [+]
Sabun lutsinar
RAWATAN yang membabitkan kecantikan memang tiada penghujungnya hingga ramai orang sanggup berbelanja mahal semata-mata mahu mendapatkan barangan yang terbaik dan bermutu yang dijangkakan mampu mengembalikan keremajaan kulit wajah yang kian pudar. [+]
Poliuretana serba guna, mesra alam
SAWIT seumpama pokok serba guna yang menghasilkan pelbagai kegunaan daripada semua bahagian pokoknya yang bersifat mesra alam kepada manusia dan dunia sejagat. [+]
Ckat alat penuaian terbaru
AKTIVITI penuaian sangat penting dalam industri perladangan kelapa sawit dan ia perlu dilakukan secara cekap untuk memastikan tandan buah bukan saja dapat dipetik dalam jumlah banyak tetapi segar dan berkualiti. [+]
21 terima diploma pengurusan minyak sawit
BANGI - Seramai 21 peserta dari pelbagai organisasi dalam dan luar negara menerima diploma masing-masing selepas berjaya mengikuti program Intensive Diploma in Oil Palm Management and Technology ke-10 (IDOPMT) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini baru-baru ini. [+]
POTS seminar tangani isu semasa
KELANA JAYA: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan menganjurkan International Palm Oil Trade Fair and Seminar (POTS) yang akan diadakan pada 24 hingga 26 Ogos 2008 di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur. [+]
Sudut Pelajar: Industri sawit penyumbang pendapatan negara
Di era moden ini, tanaman sawit di negara kita semakin meningkat. Pada 2007, keluasan tanaman sawit mencecah 4.3 juta hektar. Ini adalah satu perkara harus dibanggakan kerana ia membantu meningkatkan ekonomi negara. [+]
Sisipan Berita Sawit setahun lagi
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) melanjutkan kontrak penerbitan sisipan Berita Sawit selama setahun lagi bermula 1 Ogos 2008 hingga 31 Julai 2009 di Balai Berita, di sini. [+]
Tidak boleh teroka hutan buka ladang sawit
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak lagi membenarkan penerokaan hutan untuk dijadikan ladang sawit baru bagi mengelak tuduhan negara Barat yang menganggapkan pembukaan ladang sawit memusnahkan kawasan hutan dan ekosistemnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. [+]
Levi keuntungan berlebihan dikutip
BANGI: Kerajaan akan mula menguatkuasakan kutipan Levi Keuntungan Berlebihan (Windfall tax) kepada pengeluar minyak sawit mentah (MSM) dan minyak isirung sawit mentah (MISM) mulai Julai 2008 bagi menggantikan kutipan ses Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (SPHMM). [+]
Kohilan tinjau aktiviti CSR United Plantation
TELUK INTAN: Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator A Kohilan Pillay turun padang melawat United Plantation Berhad bagi meninjau aktiviti perladangan sawit dan pelaksanaan tanggungjawab sosial (CSR) kepada pekerja dan masyarakat setempat. [+]
KPPK sasar RM110b eksport komoditi
KOTA BHARU: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mensasar akan mencapai RM110 bilion nilai eksport komoditi utama negara pada tahun ini meningkat sebanyak RM12 bilion berbanding tahun lalu. [+]
MPOB sedia bantu Terengganu
KUALA TERENGGANU: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited melaksanakan aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan bagi menyokong perkembangan industri sawit di Terengganu sejajar perancangan kerajaan negeri bagi mempertingkatkan kawasan penanaman sawit di negeri berkenaan. [+]
Teknologi biojisim pikat firma Korea
BANGI: Dongwha Fibreboard, syarikat antarabangsa yang terbabit dalam industri berasaskan perkayuan berminat meneroka peluang usaha sama dengan MPOB bagi pengkomersialan teknologi pengeluaran produk berasaskan biojisim sawit. [+]
INXBIO™ NX830 mesra alam
BANGI: Produk pelarut dan pencuci gris INXBIO™ NX830 berasas sawit yang pertama dalam negara dihasilkan oleh penyelidik MPOB berupaya berfungsi dengan lebih baik sebagai agen penyah-gris berbanding pencuci konvensional yang berasaskan petroleum. [+]
Kursus pemeriksaan pertingkat kualiti, penuhi spesifikasi produk sawit
SHAH ALAM: Kualiti produk minyak sawit yang dieksport ke pasaran antarabangsa bergantung secara langsung kepada cara produk berasas komoditi itu dikendalikan ketika proses pengeluaran serta urusan pengangkutan dan penyimpanannya. [+]
MPOB pamer teknologi untuk dikomersial
BANGI: Krim antirekahan berasaskan sawit, santan sawit, baja bio, alat penuaian buah sawit bermotor (CKat) dan baka sawit bermutu tinggi, adalah antara 130 teknologi dan perkhidmatan berasaskan sawit yang dipamer dan ditawarkan kepada pengunjung sempena Minggu Demonstrasi Teknologi (MDT) MPOB. [+]
Klon sawit baru tingkat hasil
BANGI: Anak benih klon sawit baru hasil penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berupaya mengeluarkan 10 tan minyak sawit sehektar setahun akan dikomersialkan dalam tempoh tiga tahun. [+]
MPOB meterai dua perjanjian
BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terus menawarkan pelbagai teknologi hasil penyelidikannya untuk dikomersialkan oleh pihak industri bagi dikongsi bersama penggunaannya dengan masyarakat umum. [+]
Santan minyak sawit setanding kelapa
UMUM mengetahui santan kelapa, walaupun rasanya sedap dan digunakan dalam pelbagai masakan sama ada lauk pauk atau kuih, terutama dalam makanan tradisional, tetapi mempunyai tahap asid lemak tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan jika diambil dengan kadar berlebihan serta boleh menyebabkan kegemukan. [+]
OTOWEY atas manipulasi timbangan BTS
MASALAH yang sering kali dihadapi oleh pekebun kecil dan peneroka ialah jumlah timbangan Buah Tandar Segar (BTS) yang tidak tepat ketika merekodkan jumlah hasil sawit mereka. [+]
Penyembur bermotor tingkat produktiviti
SEMUA industri sama ada bidang pembuatan atau pertanian, penjenteraan adalah kaedah yang berkesan dalam mengurangkan kos pengeluaran, mengatasi kekurangan tenaga kerja meringankan beban kerja dan boleh meningkatkan produktiviti pekerja. [+]
MPOB sedia RM7.5j lahirkan pakar
BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyediakan peruntukan RM7.5 juta bagi melahirkan lebih ramai saintis terutama untuk menjalankan penyelidikan dan sekali gus berupaya memperkasakan daya saing industri sawit negara. [+]
Sentap perkasa penguat kuasa
BANGI: Unit Penguatkuasaan MPOB dengan kerjasama Maktab Penjara Malaysia menganjurkan Kursus Mempertahankan Diri Tanpa Senjata (Sentap) di sini baru-baru ini bagi memperkasakan tugas penguat kuasa MPOB. [+]
Polisi pembangunan industri sawit
BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), antara agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dipertanggungjawab untuk melaksanakan polisi dan program pembangunan bagi memastikan kemajuan industri minyak sawit. [+]
Pelan EU gugat negara membangun
PADA Mac 2007, Ketua-ketua kerajaan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) kepada 20 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan tenaga mereka menjelang 2020. [+]
Sudut Pelajar: Penanaman sawit secara mapan bantu pelihara ekologi
Eksport minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit Malaysia sejak tahun 2000 hingga 2007 sentiasa meningkat seiring dengan permintaan dunia terhadap bahan itu. [+]
Malaysia, Indonesia tangani kempen anti minyak sawit
BANGI: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk bekerjasama menangani propaganda dan kempen memburuk-burukkan minyak sawit yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis persatuan pencinta alam sekitar serta hidupan liar Barat. [+]
Menteri mahu damping kakitangan
SUNGAI BULOH: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui mahu berdamping dan berinteraksi lebih dekat dengan semua anggota kerja pelbagai lapisan di Kementerian dan agensi di bawahnya bagi memastikan pelaksanaan kerja berjalan dengan lancar dan mencapai visi ditetapkan. [+]
Buku statistik komoditi 2007 dilancar
BANGI: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melancarkan Buku Komoditi KPPK dikenali sebagai Statistic On Commodities 2007 di sini, baru-baru ini. [+]
MPOB sasar pertahan juara Sukan KPPK
BANGI: MPOB mensasar untuk mempertahankan kejuaraan pesta sukan Dwi-tahunan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang akan dilangsungkan di Kota Bahru, Kelantan pada 20-23 Jun 2008 ini. [+]
Sistem barter: Minyak sawit, beras
BANGI: Kerajaan bersedia untuk mengamalkan sistem perdagangan ‘barter’ bagi minyak sawit dan beras dengan mana-mana negara pengeluar utama beras dunia sebagai langkah mengatasi masalah peningkatan harga makanan asasi itu pada masa ini. [+]
Kursus tingkat kemahiran pemasaran
BANGI: Kekurangan ahli perniagaan yang mahir dalam selok belok perniagaan dan pemasaran produk berasaskan sawit pada masa ini mendorong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menganjurkan program pengenalan kepada perdagangan dan pemasaran industri sawit kepada individu yang berhasrat menceburi bidang berkenaan. [+]
MPOB tawar 50 teknologi untuk komersial
BANGI: Sejumlah 50 teknologi baru hasil penyelidikan MPOB akan ditawarkan kepada orang ramai terutama usahawan untuk dikomersialkan sempena Seminar Pemindahan Teknologi yang akan diadakan pada 17 Jun 2008 ini. [+]
Datu’ Dr Michael Dosim bersara
BANGI: Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datu’ Dr Michael Dosim Lunjew bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada 25 Mei lalu. [+]
OER KKS Nam Bee tingkat 1.39 peratus
SEREMBAN: Kilang Kelapa Sawit (KKS) Nam Bee, ahli Kelompok Baja Terselia (KBT), Air Kuning Gemas, Negeri Sembilan berjaya meningkatkan purata Kadar Perahan Minyak (OER) sebanyak 1.39 peratus sepanjang 2007 setelah menolak bekalan buah sawit muda dan tidak memprosesnya di kilang. [+]
Jawatan kuasa tangani masalah kecurian minyak sawit
TAWAU: Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Keluaran Kelapa Sawit Peringkat Negeri Sabah yang ditubuhkan tahun lalu telah mengadakan mesyuarat kedua di sini baru-baru ini bagi menangani masalah kecurian keluaran kelapa sawit. [+]
IOI utama tanggungjawab korporat
SHAH ALAM: Gergasi syarikat perladangan kelapa sawit, kumpulan IOI Berhad mengutamakan pelaksanaan tanggungjawab korporat kepada pekerjanya secara berterusan sejak memulakan aktiviti itu lebih sedekad lalu. [+]
Pakistan import 377,005 tan minyak sawit
BANGI: Pakistan menjadi negara pengimport minyak sawit kedua terbesar Malaysia selepas China dan kali pertama dalam masa tujuh tahun mengatasi Belanda selepas mencatat jumlah import 377,005 tan bagi tempoh Januari hingga April 2008. [+]
Pakistan dijangka import 350,000 tan
KUALA LUMPUR: Import minyak sawit Malaysia oleh Pakistan bagi tempoh Julai hingga September 2008 dijangka meningkat sebanyak 40 peratus berbanding suku tahun sebelumnya untuk memenuhi permintaan sepanjang Ramadan mengikut sumber dari Reuters. [+]
451 pengusaha tapak semai sertai kursus
BANGI: Sejumlah 451 pengusaha tapak semaian sawit berdaftar dan mempunyai lesen dengan MPOB di seluruh negara serta penanam sawit dinasihatkan supaya mendapatkan bekalan anak benih daripada pengusaha yang sah ini bagi memastikan kualiti yang terjamin. [+]
Asia Barat tingkat guna minyak sawit
ABU DHABI: Penggunaan minyak sawit olein yang diimport dari Malaysia oleh enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) meningkat sejumlah 12.7 peratus kepada 620,000 tan bernilai RM1.6 bilion 2007 berbanding dengan tahun sebelumnya. [+]
Indonesia tanam sawit secara mampan
MENURUT sumber dari Jakarta Post, syarikat perladangan sawit Indonesia memberi jaminan untuk berhenti meluaskan tanaman sawit di kawasan hutan sebagai reaksi balas kritikan NGO mengenai pemusnahan hutan bagi tanaman sawit tetapi akan melaksanakan tanaman sawit secara mampan. [+]
MPOC perluas pasaran minyak sawit
MAJLIS Minyak Sawit Malaysia (MPOC) bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) baru-baru ini menganjurkan Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit (POTS) di Dubai dari 26-27 Mei 2008 dan di Mumbai pada 29-30 Mei 2008. [+]
Sudut Pelajar: R&D memperkukuhkan industri sawit
DALAM era industrialisasi ini, industri sawit menjadi salah satu industri negara yang dinamik. Ia menjadi penyumbang utama ekonomi negara di samping industri lain seperti elektronik, pembuatan dan tekstil. [+]
Aktivis Barat, NGO dipelawa ke Malaysia
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Negara Eropah, pencinta alam sekitar dan hidupan liar Barat serta badan bukan kerajaan (NGO) dipelawa datang ke Malaysia dan melihat sendiri realitinya tuduhan menyatakan perladangan sawit memusnahkan alam sekitar dan habitat hidupan liar. [+]
RM20j lindungi orang utan
KOTA KINABALU: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Amanah Pemeliharaan Borneo (BCT) dan Bursa Saham Malaysia Berhad bagi melancarkan Dana Pusingan Pemeliharaan Hidupan Liar Minyak Sawit bernilai RM20 juta. [+]
Minda
PENGELUARAN mampan minyak sawit dan industri biodiesel sawit adalah di antara isu utama yang dipersetujui bersama Malaysia dan Indonesia pada Mesyuarat Dua Hala Mengenai Komoditi yang diadakan di Bali, Indonesia pada akhir bulan lalu. [+]
Firma ladang sedia laksana kod amalan diiktiraf RSPO
KOTA KINABALU: Syarikat utama perladangan sawit negara seperti Felda, Sime Darby Berhad, Kuala Lumpur Kepong Berhad, IOI Corporation Berhad dan Boustead Holdings Berhad sudah bersedia untuk melaksanakan kod amalan dan diperakui di bawah skim pensijilan ‘Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO). [+]
MPOB lantik 20 ahli baru PAC
BANGI: MPOB melantik 20 ahli baru yang terdiri daripada ahli akademi universiti tempatan dan luar negara serta pakar industri berkaitan industri sawit menganggotai Jawatankuasa Penasihat Program (Programme Advisory Committee – PAC) untuk tempoh tiga tahun sebagai penasihat dan menilai program penyelidikan yang akan dibangunkan. [+]
Kod amalan pertanian baik bagi ladang dan pekebun kecil sawit
NEGARA pengimport dan pengguna minyak sawit terutama dari Eropah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO's) menuduh minyak sawit dihasilkan secara tidak mampan dan mengatakan penanaman sawit menyebabkan kemusnahan alam sekitar, kepupusan hidupan liar dan meningkatkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dan pemanasan global. [+]
PAC setuju 11 cadangan projek penyelidikan bahagian E&P
BANGI: Sejumlah 11 cadangan projek penyelidikan baru yang dibentang oleh Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan (E&P), MPOB ketika mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) ke-28 baru-baru ini telah dipersetujui untuk dilaksanakan segera. [+]
Sepintas
SIME Darby Berhad merancang melabur lebih 34 juta euro (kira-kira RM170 juta) dalam kemudahan kilang sedia adanya, Unimills di Zwijnrecht, Belanda dan beberapa lokasi perniagaan di Eropah bertujuan mengukuhkan kedudukan perniagaan produk hiliran minyak sawit dan lelemak di rantau itu. Ia telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk mendirikan kilang penapis dan pusat penyimpanan pukal untuk menyokong operasi kilang berkenaan. [+]
Eksport minyak sawit tahun ini dijangka mencecah RM50 bilion
BANGI: Nilai eksport minyak sawit negara dianggar mencecah RM50 bilion pada tahun ini berdasarkan harga komoditi itu stabil dan berlegar di tahap RM3,500 satu tan pada masa ini. [+]
Eksport Mac 2008 naik 16.8 peratus
EKSPORT minyak sawit Mac 2008 adalah sebanyak 1,244,279 tan, meningkat 178,788 tan atau 16.8 peratus berbanding Februari 2008 manakala pendapatan eksport juga meningkat 27.9 peratus kepada RM4,233.4 juta berbanding RM3,308.8 juta yang diperoleh pada bulan sebelumnya. [+]
Asrin manfaat bantuan MBOP menerusi Tunas urus tanaman
BANGI: “Terima kasih kepada pegawai Tunas MPOB yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat berkenaan teknologi penanaman sawit,” kata Mohd Asrin Abu Bakar, pekebun kecil individu yang berjaya di kawasan Kuala Selangor. [+]
Integrasi sawit, keledek mampu jana hasil lumayan
MUAR: Ubi keledek ditanam secara sistem integrasi dua baris berkembar dengan tanaman sawit berupaya menjana pendapatan sampingan yang lumayan kepada pekebun kecil sawit. [+]
SES pegeluaran MSM perlu dibayar syarikat kilang sawit
Saya ingin tahu mengenai SES pengeluaran minyak dan isirung sawit mentah. [+]
Premis perusahaan olein kena sentiasa bersih
Saya ingin penjelasan tuan mengenai binaan premis dan kemudahan yang perlu disediakan bagi mengendalikan pembungkusan minyak masak (Olein) berasas sawit. Mohon jelaskan. [+]
Syarat aktiviti penyimpanan minyak sawit
Apakah syarat yang perlu dipatuhi bagi aktiviti penyimpanan minyak sawit. Mohon dapat penjelasan [+]
MPOWCF tingkat imej minyak sawit di pasaran dunia
KELANA JAYA: Penubuhan Dana Pemuliharaan Hidupan Liar Minyak Sawit Malaysia (MPOWCF) adalah langkah Kerajaan untuk meningkatkan imej minyak sawit di pasaran dunia dan membuktikan pengeluaran minyak sawit dilaksanakan secara mampan. [+]
MPOC perjuang minyak sawit mampan
KOTA KINABALU: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Peter Chin Fah Kui merasmikan Persidangan Minyak Sawit Mampan Antarabangsa (International Palm Oil Sustainability Conference 2008 - IPOSC 2008) di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah pada 14 April lalu. [+]
Sudut Pelajar: Industri sawit menuju dimensi baru
Penggunaan produk sawit di Malaysia, sememangnya telah mencapai tahap yang memberangsangkan. Hal ini terjadi kerana harga minyak sawit yang melonjak ke paras tertinggi melebihi RM4,000 satu tan pada akhir Februari lalu. [+]
Sudut Pelajar: 1,001 kegunaan pokok sawit
Kelapa sawit adalah salah satu industri pertanian penting dalam menjana ekonomi negara. Perkembangan dalam industri ini semakin pesat dan memberangsangkan seiring dengan permintaan yang semakin tinggi dari negara luar. [+]
Syarikat ladang laksana tanggungjawab korporat
SHAH ALAM: Kemajuan sosioekonomi dan kesejahteraan sosial yang dicapai hasil kejayaan negara yang dijana oleh industri minyak sawit perlu dikongsi dan dinikmati bersama oleh masyarakat khususnya pekebun kecil dan pekerja ladang komoditi utama ini. [+]
Minda
HARGA minyak sawit yang melonjak ke paras tertinggi mencecah RM4,400 satu tan pada akhir Februari lalu memberi peningkatan pendapatan kepada syarikat perladangan dan pekebun kecil sawit. Berdasarkan permintaan terhadap minyak dan lemak yang meningkat dan harga minyak mentah dunia yang tinggi, harga minyak sawit diramal terus stabil pada 2008. [+]
Pekerja ladang pacu kemajuan
SHAH ALAM: Pekebun kecil dan pekerja ladang sawit yang terbabit secara langsung dengan pengeluaran buah sawit adalah nadi yang berperanan memacu kemajuan sektor perladangan dan kebun kecil sawit negara. [+]
MPOB pupuk suasana harmoni industri sawit
BANGI: Sebagai agensi berperanan memajukan industri sawit negara, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperluaskan pembabitan melangkaui bidang penyelidikan yang menjadi teras utama kepada usaha memupuk suasana harmoni dalam industri. [+]
Tahniah Datuk Peter Chin, Senator A Kohilan Pillay
BANGI: Ketua Pengarah, Dato, Dr Mohd Basri Wahid, Pengurusan dan semua kakitangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengucapkan tahniah kepada Datuk Peter Chin Fah Kui dan Senator A Kohilan Pillay yang dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri bagi meneraju Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). [+]
Peruntukan RM39.5j tingkat produktiviti
KETUA Pengarah MPOB, Dato' Dr Mohd Basri Wahid memberi penjelasan mengenai Program Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Sawit yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan program lain yang dijalankan oleh MPOB bagi merealisasikan matlamat itu. [+]
Tiga pekebun kecil terima anugerah
SHAH ALAM: Tiga pekebun kecil sawit dianugerahkan sebagai pekebun kecil sawit cemerlang kerana berjaya menghasilkan buah tandan segar (BTS) melepasi 30 tan sehektar setahun dan berupaya meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi keluarganya. [+]
MPOB bangun kod amalan industri sawit
BANGI: MPOB membangunkan kod amalan untuk dilaksanakan oleh sektor terbabit dalam industri sawit bagi menghasilkan produk yang selamat, sekali gus meningkatkan daya saing dan kemampanan minyak sawit di pasaran antarabangsa. [+]
Belia berpeluang dalami ilmu pengurusan ladang
BANGI: Belia negara ini terutama lepasan SPM berpeluang meningkatkan kemahiran diri dalam pelbagai bidang selaras tuntutan masa kini yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. [+]
China laksana projek Ecomat berasas sawit
BANGI: Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dato' Sabri Ahmad kagum dengan China yang menggunapakai Ecomat daripada serat tandan buah kosong sawit hasil penyelidikan bersama MPOB dan agensinya untuk projek pembangunan dan menggunakan minyak sawit dalam penyediaan makanan harian rakyat negaranya. [+]
Harga minyak sawit mentah cecah RM4,500 satu tan
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mampu bertahan pada paras RM4,000 satu tan tahun ini, malah mungkin mencecah sehingga RM4,500 satu tan dalam separuh kedua. [+]
MPOB bangunkan kepakaran sumber manusia taraf dunia
PORT DICKSON: Sumber manusia adalah aset penting dalam menentukan kemajuan sesebuah agensi dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah membuat perancangan rapi bagi memastikan pembangunan aset ini dilaksanakan dengan baik untuk mencapai tahap kecemerlangan. [+]
Sawit transgenik hasilkan produk nilai tinggi
BERMULA sebagai tanaman hiasan pada peringkat awal kemasukannya ke Malaysia, pokok sawit kini bukan sekadar menghasilkan minyak semata-mata sebalik transformasinya berkembang begitu pesat hasil daripada pelbagai kajian dan penyelidikan yang dijalankan. [+]
MoU MPOB, Risda hasil benih sawit
SHAH ALAM: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) meneruskan usaha sama dengan pihak industri bagi menghasilkan benih sawit berkualiti yang mampu meningkatkan pengeluaran hasil ladang sawit, terutama yang diusahakan pekebun kecil. [+]
Ladang Kempas Sime Darby terima anugerah CR
KOMITMEN dan keprihatinan pengurusan Ladang Kempas milik Sime Darby Berhad terhadap keselamatan dan kebajikan pekerjanya melayakkannya dipilih memenangi Anugerah Cemerlang Tanggungjawab Korporat (CR) Kategori Ladang Sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), baru-baru ini. [+]
Syarikat perladangan komited laksana tanggungjawab korporat
BANGI: Pekerja berperanan penting melaksanakan kerja penyelenggaraan ladang dan penuaian buah tandan segar yang dibekalkan ke kilang sawit. [+]
Amalan hasil minyak sawit mapan
Permintaan sawit yang semakin meningkat di seluruh dunia menggalakkan perluasan kawasan penanaman sawit. Adakah ini akan menjejaskan alam semula jadi. [+]
Sudut Pelajar: Penggunaan anak benih berkualiti
PENGELUARAN produk sawit di Malaysia sememangnya telah mencapai tahap yang memberangsangkan dan telah dieksport ke merata tempat di seluruh dunia. Hasil sawit negara diakui amat berkualiti sehingga mendapat kepercayaan pengguna baik di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. [+]
Kuota minyak masak subsidi ditambah
BANGI: Kuota pengeluaran minyak masak berasas sawit yang dibiayai melalui subsidi oleh Kerajaan ditingkatkan sebanyak 21,000 tan menjadikan 70,000 tan pada Januari lalu. [+]
Larangan buka ladang sawit baru
KUALA SELANGOR: Kerajaan tidak akan membenarkan syarikat perladangan membuka ladang sawit baru atau menambah keluasan sedia ada kerana tanah untuk aktiviti pertanian semakin berkurangan. [+]
50 pekebun kecil Bruas, Perak terima bantuan
AIR TAWAR: Lima puluh pekebun kecil sawit sekitar kawasan Air Tawau, Sitiawan dan Bruas, Perak menerima bantuan anak benih sawit di bawah Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti daripada MPOB. [+]
Tiga negara hantar peserta kursus majerin
BANGI: Peserta dari tiga negara Asia Barat iaitu Yaman, Arab Saudi dan Pakistan menyertai 'Practical course on margarine and shortening for West Asia Region' anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini, baru-baru ini. [+]
Industri sawit 2007 memberangsangkan
INDUSTRI sawit Malaysia pada 2007 mencatatkan prestasi yang memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya. Purata harga semua keluaran sawit melonjak ke paras yang tinggi dan pendapatan eksport minyak sawit meningkat kepada RM45.1 bilion berbanding RM31.8 pada 2006. [+]
Minyak masak bersubsidi untuk isi rumah
KRISIS bekalan minyak masak di pasaran tempatan mendapat liputan meluas media massa yang menyiarkan keluhan pengguna dan pengusaha makanan yang terjejas perniagaan kerana kesukaran mendapat bekalan minyak masak. [+]
TUNAS bantu pekebun kecil
BANGI: Pusat TUNAS (Pusat Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit) ditubuhkan pada September 2002 dan mula beroperasi Januari 2003 berperanan membantu pekebun kecil sawit meningkatkan produktiviti dan taraf sosio-ekonominya. [+]
Soal Jawab: Syarat lesen menyimpan minyak sawit
Apakah syarat yang perlu dipatuhi bagi aktiviti penyimpanan minyak sawit? [+]
Bahan pengganti lemak terhidrogen berisiko
INDUSTRI makanan kini menghadapi tekanan untuk menggantikan lemak terhidrogen yang mengandungi asid lemak trans (TFA). Ia adalah satu cabaran kerana selain berfungsi sebagai lelemak, bahan pengganti itu harus juga mempunyai nilai khasiat pemakanan. [+]
Sudut Pelajar: Amalan pertanian baik tingkat produktiviti
SEHINGGA Oktober 2007, produk sawit di Malaysia telah menjana pendapatan negara sebanyak RM 32.4 bilion. Oleh yang demikian, sudah terang lagikan bersuluh, industri sawit berpotensi besar mendapat pulangan yang lumayan dan peningkatan produktiviti akan lebih menambahkan pendapatan negara. [+]
Kompleks MPOB Keratong dirasmi
MUADZAM SHAH: Kompleks Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Keratong, Rompin, Pahang berperanan menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang akan memberi manfaat kepada industri dan pengusaha tanaman sawit khususnya di negeri Pahang dan kawasan berhampiran di Johor. [+]
50 pekebun kecil terima bantuan
TELUK INTAN: Seramai 50 pekebun kecil sawit sekitar daerah Teluk Intan, Perak menerima bantuan anak benih sawit di bawah Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti kepada pekebun kecil yang tidak berkemampuan daripada MPOB. [+]
Minda
KEMAJUAN pesat industri sawit yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara terus berdepan dengan cabaran yang menggugat kesejahteraan komoditi perladangan utama negara. Di antaranya ialah bagi memastikan produk sawit yang dihasilkan melalui pengeluaran secara mampan 'sustainable' dan mesra alam. [+]
Industri sawit bangunkan sosioekonomi negara
KUALA LUMPUR: Tanaman sawit yang menjangkau keluasan 4.2 juta hektar meliputi lebih 60 peratus kawasan pertanian negara terus berperanan penting menyumbang kesejahteraan ekonomi negara. Peningkatan pengeluaran minyak sawit yang mencecah 15.9 juta pada 2006 menjadikan Malaysia di antara negara pengeluar utama minyak sawit dunia. [+]
Teknologi MPOB dapat pengiktirafan dunia
BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dipilih penerima Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan Frost & Sullivan Asia Pasifik 2007 bagi mengiktiraf pencapaiannya dalam penyelidikan bioteknologi tanaman sawit. [+]
Inovasi baru tingkat daya saing
KUALA LUMPUR: Peranan bidang penyelidikan termasuk dalam sektor perladangan sawit perlu meningkatkan keupayaan menjana teknologi dan inovasi bagi merealisasikan matlamat Kerajaan menjadikan sektor berasaskan pertanian sebagai salah satu penjana utama ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan teknik moden. [+]
Amalan mapan hasil produk bermutu
BANGI: Peserta industri sawit disaran meningkatkan pengetahuan mengenai amalan dan standard pengurusan alam sekitar bagi memastikan pengeluaran minyak sawit dan bahan biojisim secara mapan dan mesra alam, kata Ketua Pengarah MPOB, Dato’ Dr Mohd Basri Wahid. [+]
MPOB komersial produk ternakan
MUADZAM SHAH: MPOB terus mengorak langkah dengan mengkomersialkan lebih banyak teknologi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri sawit yang dijalankan agensi berkenaan. [+]
Ketua Pengarah MPOB terima penghargaan
KETUA Pengarah MPOB dan dua anggota pengurusan tertinggi adalah di antara 94 warga kerja MPOB yang menerima Anugerah Khidmat Emas sebagai penghargaan kepada jasa, sumbangan dan kesetiaan sepanjang perkhidmatan selama 25 tahun di MPOB. [+]
Populasi perosak terkawal
LUMUT: Inisiatif MPOB memperkenalkan Sistem Pengurusan Perosak Bersepadu atau Integrated Pests Management (IPM) membuktikan komitmen MPOB bersama industri sawit bagi mengawal populasi perosak tanaman sawit. [+]
Sektor perladangan sawit diminta pertingkat hasil
LABUAN: Sektor perladangan sawit digesa terus meningkatkan pengurusan dan kecekapan termasuk melaksana pendekatan strategik bagi peningkatan produktiviti dan kualiti pengeluaran buah tandan segar, kata Datuk Peter Chin Fah Kui. [+]
Manual, buku pengurusan perosak sawit dilancar
LUMUT: Pengurusan sawit yang berkesan dan mesra alam amat dititik beratkan dalam usaha kerajaan memaksimumkan produktiviti sawit terutama di sektor perladangan dan pekebun kecil. [+]
Kerjasama bersepadu atasi kekurangan minyak masak
KOTA BAHARU: Berikutan aduan kekurangan bekalan minyak masak yang dihadapi pengguna di negeri Kelantan, MPOB mengadakan perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kelantan dan agensi penguat kuasa bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan minyak masak di negeri berkenaan. [+]
Teknologi: MPOB-HIE dan MPOB-Q-PKC makanan asas lengkap ternakan
MPOB-HIE dan MPOB-Q-PKC adalah satu kejayaan kepada hasil penyelidikan dan pembangunan EPC yang bakal menjadi jenama produk buatan Malaysia yang terkenal di serata dunia. [+]
EPC fokus penyelidikan, R&D
MPOB sentiasa memandang serius terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri sawit di negara ini. Sehubungan itu, Pusat Tenaga & Protein (EPC) ditubuhkan khusus menjalankan kajian penggunaan bahan sawit dalam makanan ternakan yang bukan saja memberi nilai komersial tinggi tetapi memberi manfaat besar kepada kesihatan ternakan dan manusia. [+]
Kenaikan harga tidak jejas permintaan
GUANGZHOU: Minyak sawit akan terus menjadi minyak sayuran paling berdaya saing dan permintaannya tidak akan terjejas walaupun harga komoditi itu meningkat tinggi sehingga mencecah RM3,000 satu tan. [+]
Pekebun kecil bertambah
PEKEBUN kecil yang mengusahakan tanaman sawit (keluasan kurang daripada 100 ekar atau 40.46 hektar) dikehendaki mendapatkan lesen menjual dan mengalih buah kelapa sawit daripada MPOB yang dikeluarkan secara percuma. [+]
Serangan ulat bungkus di Selatan Perak diatasi
LUMUT: Seluas 14,068 hektar tanaman sawit di kawasan Selatan Perak yang terdedah kepada ancaman serangan perosak ulat bungkus berjaya dikawal melalui teknik kawalan bersepadu dan semburan udara menggunakan ejen biologi atau bakteria yang dikenali 'Bacillus thuringiensis' atau ringkasnya (Bt). [+]
Soal Jawab: Pelesen kilang sawit perlu patuhi syarat
APAKAH aktiviti lesen yang perlu dimohon, berapakah bayaran yuran lesen yang perlu dibayar dan syarat bagi setiap aktiviti lesen itu yang perlu dipatuhi bagi kilang buah sawit? [+]
Sepuluh pekebun terima bantuan lembu
MUADZAM SHAH: Sepuluh pengusaha sawit dari seluruh Semenanjung Malaysia menerima bantuan lembu daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, di sini, baru-baru ini. [+]
Mengetahui asas-asas minyak dan lelemak
MINYAK dan lelemak semula jadi adalah campuran tiga kelas asid lemak yang mempunyai kaitan secara langsung ke atas pemakanan yang sihat. [+]
Sudut Pelajar: Tanaman sawit tidak ganggu habitat orang utan
INDUSTRI sawit pada hari ini semakin berkembang dan membangun dengan pesat. Ia juga menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara bukan saja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa. [+]
Rakyat Sarawak digalak tanam sawit
KUCING: Rakyat Sarawak yang mempunyai tanah sesuai dengan tanaman sawit digalakkan supaya menanam komoditi itu bagi menjaminkan peningkatan pendapatan dan taraf sosioekonomi memandangkan harganya tinggi dan stabil. [+]
Minda
KENAIKAN harga minyak sawit yang mencecah RM3,000 setan berikutan perkembangan global pasaran minyak dan lelemak dan peningkatan permintaan bagi pengeluaran bahan api bio adalah di antara topik utama perbincangan pada “Chinese International Oils & Seeds Conference 2007” di Guangzhou baru-baru ini. [+]
Biomas sawit hasilkan produk tambah nilai
PETALING JAYA: Produk hasil daripada biomas sawit mampu menjana pendapatan tambahan kepada industri sawit negara. Sehubungan dengan itu, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk menerokai potensi dan menghasilkan produk tambah nilai dalam jangka panjang. [+]
MPOB meterai MoU komersialkan CMC
PETALING JAYA: MPOB menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi mengeluar dan mengkomersilkan produk carbon methyl cellulose (CMC) dengan syarikat Waris Nove Sendirian Berhad daripada biomas sawit iaitu tandan buah kosong sempena Persidangan Kebangsaan Penggunaan Pokok Sawit Ke-7 (OPTUC) di sini baru-baru ini. [+]
Rakyat tempatan digalak ceburi sektor perladangan
SEKTOR perusahaan perladangan dan komoditi yang menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara menawarkan peluang kerjaya yang cerah kepada syarikat mahu pun individu yang menceburinya. [+]
38 pekebun kecil terima bantuan
KULAI: Tiga puluh lapan pekebun kecil sawit sekitar daerah Kulai, Johor menerima bantuan anak benih sawit di bawah Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti kepada pekebun kecil yang tidak berkemampuan daripada MPOB. [+]
RM123.4 juta diperuntuk untuk sektor kebun kecil
KULAI: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui MPOB akan terus memberi bimbingan, bantuan kewangan dan input pertanian bagi meningkatkan produktiviti pekebun kecil sawit seluruh negara. [+]
Pengeluaran minyak sawit Oktober merosot 1.4 peratus
PENGELUARAN minyak sawit mentah Malaysia Oktober 2007 mengalami kemerosotan selepas mencatat peningkatan tiga bulan berturut-turut. Pengeluaran mencatat 1,579,809 tan, menyusut 1.4 peratus berbanding bulan sebelumnya. Bagaimanapun, pengeluaran bulan ini lebih tinggi 12.8 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. [+]
43 pegawai MPOB sertai kursus PTK 2007
SHAH ALAM: Seramai 43 pegawai MPOB daripada pelbagai kategori menyertai Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 2007 anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) di sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini. [+]
KP bentang kertas kerja biodiesel
BANGI: Ketua Pengarah, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dato' Dr Mohd Basri Wahid membentangkan kertas kerja bertajuk “Asian Perspective: Overview of the Biodiesel Industry in Asia” dalam sidang pleno pembukaan di Kongres Antarabangsa Biodiesel: Sains dan Teknologi yang berlangsung di Vienna, Austria bermula pada 5 sehingga 7 November 2007 baru-baru ini. [+]
Teknologi: Pelembut kain berasas sawit mesra alam
SERBUK pencuci kain bertindak membersih dan membuang minyak semula jadi daripada fabrik kain itu. Ini menyebabkan kain meregang dan selalunya mengakibatkan pembentukan ion negatif terutama setelah dikeringkan menggunakan mesin pengering pakaian. [+]
Teknologi: Poliuretana sawit ganti PU berasas petroleum
KAJIAN penyelidikan dan pembangunan oleh MPOB dalam menghasilkan busa poliuretana (PU) atau poliol berasaskan minyak sawit dilakukan badan berkenaan lebih daripada 10 tahun yang lalu. [+]
Benih bermutu hasil produktiviti tinggi
KULAI: Penyediaan kawasan tanaman yang sempurna dan penggunaan benih bermutu tinggi adalah dua faktor utama perlu diberi perhatian oleh penanam dan pekebun kecil yang berhajat mendapatkan hasil sawit yang tinggi. [+]
Panduan skim bantuan anak benih
PENGGUNAAN bahan tanaman DxP yang tulen dan berkualiti adalah prasyarat untuk memperoleh hasil buah sawit yang tinggi. Pada masa ini hasil buah tandan segar (BTS) pekebun kecil persendirian adalah rendah iaitu 10-12 tan/ha/tahun berbanding hasil purata nasional 18-20 tan/ha/tahun. [+]
Jawatankuasa keselamatan minyak sawit ditubuh
LAHAD DATU: Sebuah Jawatankuasa peringkat Negeri Sabah ditubuhkan, baru-baru ini, bagi memastikan keselamatan pengangkutan dan pengalihan minyak sawit dan isirong kelapa sawit melalui lori tangki dan trailer daripada kilang pemprosesan buah sawit ke kilang penapis minyak sawit. [+]
Soal Jawab: Nutrien seimbang penting untuk pembesaran
?MOHON tuan menjelaskan mengenai fungsi nutrien terutama Nitrogen (N), Phosphorus (P), Potassium (K) dan Magnesium (Mg) kepada pembesaran pokok sawit dan apakah kadar seimbang bagi setiap unsur itu bagi mencapai hasil buah sawit melebihi 30 tan sehektar setahun. [+]
Soal Jawab: MPOB pastikan minyak masak berkualiti
? Saya ingin tahu bagaimanakah MPOB memastikan pembungkusan minyak masak berasaskan sawit (RBD Palm Olien) terpelihara kualitinya dan selamat dimakan oleh pengguna. [+]
MPOC lancar logo baru, pelan penjenamaan halatuju 5 tahun
KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Peter Chin Fah Kui melancarkan logo baru Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) sebagai salah satu strategi pemasaran dan penjenamaan MPOC untuk tempoh lima tahun akan datang. [+]
Karoten khasiat terselindung kaya Vitamin A
KAROTEN dan sterol tumbuhan memberikan khasiat yang terselindung di dalam pemakanan serta meningkatkan kesihatan tubuh badan. Karoten ialah molekul pro-vitamin A larut lemak yang khasiatnya sudah lama dikaitkan dengan tubuh badan yang sihat. [+]
Sudut Pelajar: Pencapaian industri sawit negara membanggakan
INDUSTRI sawit negara melakar sejarah dengan mencatat paras harga tertinggi iaitu RM3,000 satu tan pada bulan Oktober, sekali gus menyumbang peningkatan pendapatan eksport yang dijangka mencecah RM40 bilion pada 2007. [+]
ECER lonjak industri sawit di Pantai Timur
PELANCARAN Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) peringkat negeri Pahang oleh Perdana Menteri menyaksikan pelancaran pelan pembangunan bersepadu Pelabuhan Kuantan yang akan menempatkan Kelompok Perindustrian Sawit ”Palm Oil Industry Cluster” (POIC). [+]
Minda
INDUSTRI sawit negara melakar sejarah dengan mencatat paras harga tertinggi iaitu RM3,000 satu tan pada bulan Oktober, sekali gus menyumbang peningkatan pendapatan eksport yang dijangka mencecah RM40 billion pada 2007. [+]
Formula baru kutipan ses SPHMM dilaksana
TAWAU: Pelaksanaan kutipan ses yang dikenakan kepada pengusaha ladang sawit bagi pembiayaan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (SPHMM) telah menggunakan formula baru bermula Oktober lalu. [+]
Eksport minyak sawit mampu cecah RM40b
BANGI: Nilai pendapatan eksport minyak sawit Malaysia pada 2007 dijangka akan mencecah RM40 bilion berdasarkan harga komoditi itu yang berada di tahap melepasi RM2,700 satu tan pada masa kini. [+]
MPOB taja dua sesi Kongres Euro LIPID Ke-5
BANGI: MPOB menaja dua sesi minyak sawit pada Kongres Euro Lipid Ke-5 yang diadakan di Gothenburg, Sweden baru-baru ini. Kongres yang menghimpun saintis dari seluruh dunia itu disertai lebih 600 saintis minyak sayuran dan lelemak dari lebih 50 negara. [+]
KP bentang kertas kerja di Vienna
BANGI: Ketua Pengarah, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dato' Dr Mohd Basri Wahid akan membentangkan kertas kerja bertajuk “Asian Perspective: Overview of the Biodiesel Industry in Asia” dalam sidang pleno pembukaan di Kongres Antarabangsa Biodiesel: Sains dan Teknologi yang akan berlangsung di Vienna, Austria bermula pada 5 sehingga 7 November 2007 ini. [+]
Delegasi Iran lawat MPOB
BANGI: Sembilan delegasi Iran diketuai Timbalan Menteri Koperasi Republik berkenaan, Sayed Ali Alavi yang menghadiri Mesyuarat Kerja Kumpulan Bersama Kedua di Kuala Lumpur turut mengadakan kunjungan ke MPOB. [+]
Kod Amalan Industri Sawit Malaysia
SISTEM kualiti dan keselamatan produk makanan berasaskan sawit mestilah mengambil kira amalan kebersihan yang boleh dipantau dan dikesan dalam keseluruhan rantaian edaran produk berkenaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna. [+]
35 peserta kursus terima diploma
BANGI: 35 peserta yang mengikuti program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pengilangan MPOB menerima diploma masing-masing pada majlis penyampaian diploma yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah MPOB, Dato' Dr Mohd Basri Wahid. [+]
MPOB terima anugerah kecemerlangan penyelidikan Asia Pasifik 2007
BANGI: Pencapaian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui penyelidikan dan pembangunan bagi industri sawit sekali lagi diiktiraf apabila menerima anugerah bagi Kecemerlangan Penyelidikan dalam Bidang Bioteknologi Tanaman di Asia Pasifik 2007. [+]
Perpustakaan sawit terbesar dunia
PUSAT Maklumat Sawit (PMS) adalah sebuah pusat sehenti yang menyediakan pelbagai info mengenai sawit terutama membabitkan maklumat berkaitan kajian serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan ilmu pengetahuan berhubung Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). [+]
Rebut peluang majukan produk MPOB
BARU-BARU ini kerajaan melancarkan dua Wilayah Pembangunan Ekonomi di Semenanjung Malaysia iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). [+]
Sawit tingkat ekonomi pemilik tanah HAB
MUNGKIN ramai mengetahui atau sekurang-kurangnya pernah mendengar istilah Tanah Rezab Melayu bagi negeri tertentu di Semenanjung Malaysia seperti Tanah Adat di Melaka serta Tanah Pesaka di Negeri Sembilan. [+]
Teknologi: Produk nilai tambah sisa buangan sawit
KESEDARAN terhadap penggunaan sumber industri yang mesra alam kini semakin meluas di kalangan penduduk di negara ini dan masyarakat antarabangsa. [+]
Tanaman sawit pulihara alam sekitar
PEMBANGUNAN industri sawit di Malaysia dilaksanakan secara mapan dan mesra alam sekitar bagi memastikan perkembangannya secara sihat dan berupaya berdaya saing di pasaran global. [+]
Soal Jawab: Pendaftaran kontrak urus niaga sawit
SAYA ingin tahu mengenai pendaftaran kontrak dalam urus niaga keluaran sawit dengan MPOB. Mohon tuan jelaskan siapakah, bagaimana, bila, apakah butiran dan lain-lain lagi berkaitan dengan kontrak urus niaga yang perlu didaftarkan. [+]
Soal Jawab: Proses penyediaan anak benih
Bolehkah tuan menjelaskan apakah keperluan penyelenggaraan anak benih di tapak semaian bagi memastikan anak benih sawit berkualiti dihasilkan ? [+]
Menyingkir ramuan tersembunyi majerin
LEMAK memberikan atau menambah rasa yang lebih enak kepada makanan. Lebih kurang 50 peratus penduduk dunia bergantung kepada lelemak untuk penyediaan makanan seharian manakala selebihnya menggunakan minyak. [+]
Industri sawit disaran tingkat penyelidikan
BANGI: Industri sawit disaran terus meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan negara kekal sebagai negara pembekal utama komoditi itu di pasaran dunia. [+]
Minda: Berita Sawit berwajah baru, lebih dinamik
BERITA Sawit, akhbar sisipan MPOB yang dikeluarkan bersama Berita Harian menemui pembaca dengan wajah baru yang menampilkan berita dan liputan industri sawit lebih segar dan terkini. Sejak diperkenalkan enam tahun lalu, Berita Sawit menjadi wadah utama MPOB melaporkan perkembangan industri sawit, sektor komoditi perladangan utama negara. [+]
Sijil dan panduan untuk pengeksport diperkenal
BANGI: Malaysia bercadang mengeluarkan sijil dan garis panduan kepada pengeluar dan pengeksport minyak sawit sebagai pengakuan audit atau kad laporan mengesahkan produk sawit memenuhi kriteria kemampanan tanaman dan pengeluaran minyak sawit. [+]
Syarikat perladangan disaran guna jentera
BANGI: Syarikat perladangan yang terbabit dengan tanaman komoditi utama negara seperti sawit, getah, koko, lada dan kayu-kayan disarankan supaya meningkatkan penggunaan jentera dan automasi dalam operasinya bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh khususnya pekerja asing. [+]
Lima kawasan Parlimen terima skim bantuan anak benih sawit
BANGI: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyalurkan peruntukan kewangan di bawah Skim Bantuan Anak Benih Sawit kepada lima kawasan Parlimen yang dikenal pasti mempunyai ramai pekebun kecil sawit sebagai bantuan menanam semula atau tanaman baru komoditi itu. [+]
MICCOS 2007 pikat 12,000 pengunjung
KUALA LUMPUR: Lebih 12,000 pengunjung melawat ke Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS) 2007 yang diadakan di PWTC pada 3 hingga 8 Julai lalu. [+]
Pembangunan modal insan diutama
BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan terus memberi penekanan ke atas pembangunan modal insan untuk melahirkan tenaga kerja terlatih di sektor perladangan sawit bagi memastikan industri terus berupaya meningkatkan produktiviti dan berdaya saing. [+]
PLASMA sedia tenaga kerja terlatih industri sawit
BANGI: Penubuhan Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) – Mekanisma Ladang yang menawarkan Kursus Operator Ladang bagi melatih dan menyediakan sumber tenaga cekap untuk industri sawit mampu mengurangkan pergantungan terhadap tenaga buruh asing. [+]
Lima penggiat sektor sawit terima anugerah
KUALA LUMPUR: Pihak swasta dan individu yang terbabit secara langsung dengan sektor komoditi negara seperti sawit, getah, koko, perkayuan, tembakau dan lada hitam terus diberi pengiktirafan setimpal dengan usaha dilaksanakan bagi meningkatkan ekonomi negara. [+]
MPOB anjur bulan demonstrasi teknologi
BANGI: Saban tahun Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menganjurkan Bulan Demonstrasi Teknologi bertujuan mempromosi dan memperkenalkan teknologi baru MPOB untuk dikomersilkan oleh usahawan tempatan yang berminat. [+]
Harga CPO dijangka stabil Oktober
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (CPO) yang turun naik ketika ini akan stabil menjelang Oktober apabila kenaikan permintaan menjelang musim perayaan berakhir, kata Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Sabri Ahmad. [+]
Banjir punca pengeluaran minyak sawit mentah merosot
KELANA JAYA: Pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) Malaysia bagi tempoh setengah tahun pertama (Januari-Jun) 2007 merosot lapan peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya kepada 6,679,228 tan. Penurunan pengeluaran bagi tempoh itu dikaitkan dengan kesan banjir yang berlaku penghujung 2006, di samping cuaca kering musim Monsun Barat Daya. [+]
Envo-Cyper: Racun serangga berasas bahan sawit pertama di dunia
KERAJAAN Malaysia menekankan perlunya revolusi dalam aktiviti pertanian negara dengan cara penggunaan teknologi baru dan ‘ICT’ bagi memperoleh hasil dan kualiti produk pertanian yang lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan agrokimia seperti racun serangga dapat meningkatkan hasil bahan pertanian dan perladangan antara 20 peratus hingga 50 peratus. [+]
Delegasi asing minat kongsi kejayaan
BANGI: Menteri Pertanian Republik Afrika Selatan, Lulama Xingwana yang berada di Malaysia atas undangan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani meluangkan masa mengunjungi Ibu Pejabat MPOB bagi mendapatkan penerangan mengenai kemajuan penyelidikan MPOB dan kejayaan Malaysia membangunkan industri biodiesel berasaskan sawit. [+]
Peneroka raih lebih RM3,000 sebulan
BANGI: “Alhamdulillah, syukur hasil musim ini sangat lumayan,” kata Che Mat Ali, salah seorang pekebun kecil sawit di Felda Gugusan Kertih, Dungun, Terengganu ketika diajukan soalan mengenai pendapatan hasil sawit baru-baru ini. [+]
Kawasan sesuai, benih berkualiti elemen penting
BINTULU: Penyediaan kawasan tanaman yang sempurna dan penggunaan bahan tanaman bermutu tinggi adalah dua perkara utama perlu diberi perhatian oleh penanam dan pekebun kecil yang berhajat melakukan penanaman sawit bagi penghasilan tinggi. [+]
MPOB tubuh Institut Tanah Tropika
BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersedia menubuhkan Institut Tanah Tropika (Tropical Peat Institute - TROPI) bagi memastikan tanaman sawit yang ditanam di tanah berkenaan tidak merosakkan alam sekitar dan tidak menyumbang kepada pemanasan global. [+]
Buah sawit masak tingkat OER
LAHAD DATU: Kilang buah sawit yang memproses buah sawit masak dan bermutu berupaya menghasilkan minyak berkualiti dan memperoleh kadar perahan minyak lebih tinggi berbanding dengan kilang yang memproses buah sawit tidak bermutu. [+]
Sime Darby mula projek CDM
KUALA LUMPUR: Sime Plantations Sdn Bhd, anak syarikat Sime Darby Bhd, memeterai perjanjian kerjasama perniagaan dengan BioX Carbon bagi menggunapakai teknologi Mekanisma Pembangunan Bersih (CDM) di lima buah kilang sawit miliknya di seluruh negara. [+]
Pelajar terbaik PLASMA berazam majukan industri sawit negara
BANGI: Ketika kebanyakan pemuda lebih berminat berhijrah ke bandar dan menyertai kerjaya dalam bidang industri, Roslimin Mat Nawi mempunyai pandangan berbeza dengan memberi tumpuan membangunkan ladang sawit yang sebelum ini diusahakan oleh bapanya. [+]
Minyak sawit tepati keperluan pemakanan
TIDAK disangkal lagi, minyak sawit dapat mengurangkan tahap kolesterol darah dan risiko penyakit jantung. Ini terbukti hasil dari kajian saintifik. [+]

No comments: