Monday, November 3, 2008

$uk@n

SUKAN
Hamilton lakar sejarah
SAO PAULO: Lewis Hamilton menjadi juara termuda Formula Satu (F1) Dunia, kelmarin, apabila memintas pada selekoh terakhir untuk menduduki tempat kelima Grand Prix Brazil dan meraih gelaran dengan kelebihan hanya satu mata daripada Felipe Massa. [+]
Pei Tty-Eei Hui lambang kebangkitan wanita
'KUASA' wanita sudah ketara menjelma dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bingkas mahu melakukan segala yang terdaya untuk terus menjulangnya. [+]
Kelibat Seela kembali
SELEPAS dua tahun hampir menyepi dan tanpa sebarang pencapaian membanggakan, Noraseela Khalid kembali melakukan perancangan awal dengan tumpuan kepada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin tahun depan diikuti sasaran terakhirnya, Sukan Olimpik London 2012 sebelum mengakhiri kariernya. [+]
Sentuhan Robertson menjadi
TINDAKAN Cobra mengekalkan jurulatih dari New Zealand, Duncan Robertson untuk kali kedua berturut-turut jelas berbaloi dengan kejayaan menjulang gelaran pada Kejohanan 10 Sepasukan Cobra (Cobra 10) di Stadium Petaling Jaya, kelmarin. [+]
Sasaran Kata: Semoga hoki negara gah kembali
PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) kini diterajui pemimpin baru selepas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Dwitahunan badan induk itu, Sabtu lalu. [+]
Rakyat perlu diterap semula budaya bersukan
BUDAYA bersukan perlu diterapkan kembali di kalangan rakyat negara ini kerana ia bukan saja bertujuan untuk melahirkan atlit berbakat, malah menyemai kefahaman bersukan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan. [+]
Kelab EPL buru saingan kalah mati
PARIS: Chelsea dan Liverpool mampu mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara Eropah, hari ini (awal pagi Rabu waktu Malaysia), jika masing-masing berjaya melakar kemenangan ke atas AS Roma dan Atletico Madrid. [+]
Benitez harap sentuhan Torres tebus aib
LONDON: Rafael Benitez mahu Liverpool melenyapkan detik kenangan pahit babak kehancuran di Tottenham, Sabtu lalu dengan memburu tiket ke pusingan kedua kejohanan bola sepak Liga Juara-juara Eropah apabila menentang Atletico Madrid, hari ini. [+]
Impian Tsonga berentap bintang dunia jadi kenyataan
PARIS: Kejayaan Jo-Wilfried Tsonga menjuarai Masters Paris, kelmarin kini menjadikan jumlah enam pemain dari Eropah layak ke saingan penamat musim Piala Masters di Shanghai dengan hanya Andy Roddick dan Juan Martin Del Porto dari benua lain dalam kelompok lapan terakhir bagi edisi kali ini. [+]
Air mata Massa
SAO PAULO: Tangisan kekecewaan Felipe Massa dapat didengar melalui radio pasukan Ferrari selepas peluang kejuaraan Formula Satu (F1) pemandu dari Brazil itu musnah akhirnya, kelmarin. [+]
Sasaran Kata: Semoga hoki negara gah kembali
PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) kini diterajui pemimpin baru selepas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Dwitahunan badan induk itu, Sabtu lalu. [+]

No comments: